Login
 
Not a member? Register now!
Announcements
Like us on Facebook, follow us on Twitter! Check out our new tumblr page. :)
Manga News: Toriko has come to an end; but be sure to swing by and share your favourite moments from the series!
Manhwa & Manhua News: Check out the new Manhwa and Manhua shout-out (March 2016).
Event News: One Piece Awardshas concluded. Check the results Here!

One Piece 527

Neraka Merah Darah

my
+ posted by ZeroChrome as translation on Jan 3, 2009 20:12 | Go to One Piece

-> RTS Page for One Piece 527

Terjemahan asal oleh Cnet


Muka 1
One Piece
Bab 527: Neraka Merah Darah
Laporan Bebas CP9, Vol 32: "Ayah dan Anak Berkomplot Menghapuskan CP9"


Muka 2
[Teks: Kapak gergasi Blugori kian hampir!!]
Blugori: Uhoho!!!
Buggy: Bara Bara Pelarian Diri Kecemasan!!!
Blugori: !
Buggy: Nnnnngyaaaahhhhhhh!!!
Blugori: ?


Muka 3
Blugori: ...............?! // ?!
Buggy: Gyahahahahahahahah!! // Masa untuk kau jatuh dan pecahkan kepala kau!!! // Putaran Di Udara Super Sarkas!!!
Blugori: !!!


Muka 4
Buggy: Ngyahahahah!! // Kau menyerahkah, gorilla-laut bodoh?! // Gahh!! Dia langsung tak tercedera!!! // Agh - teruklah!!! // Hey - hentikanlah menumbuk aku!! // !!!


Muka 5
Buggy: .................!! // Aku - Aku rasa kau sudah lebih hebat sedikit berbanding dahulu, huh...?
Luffy: Mereka ni tahan lasak betul... apa sebenarnya mereka semua ini?!
Buggy: Mereka adalah pejuang laut, Blue Gorilla - juga dikenali sebagai "Blugori"! Jangan rendahkan waspada kau, masih ada empat - // KAU DAH TEWASKAN MEREKA?!!!
Luffy: ...Tapi aku tiada masa untuk terus bertarung dengan mereka semua ni!!
Banduan: Tak mungkin!! Dia tu...!! Dia telah tewaskan Blugori!! // Hey!! Siapakah kau sebenarnya?!! // Kau kena keluarkan kami dari sini!! Tolonglah~~!!!


Muka 6
Pengawal1: Bukankah sepatutnya ada seorang saja banduan yang melarikan diri?
Pengawal2: .......? Ya, itu betul....?
Pengawal1: Hmm, mungkin aku cuma berkhayal saja....... / Tapi aku rasa aku terlihat dua bayang-bayang...... // Apa pun, di hadapan Sel Berkongsi #10... / ...lima Blugori telah pun ditumpaskan!!
Pengawal2: Lima dari mereka?! Mustahil...! / Tiada satu pun banduan yang dikurung di Aras Satu yang berkuasa untuk menewaskan Blugori itu!!
Buggy: KAU NAK SELAMATKAN ACE?!! // [tepi]apaaaa?!![/tepi] // (Shhhhhhhhh!!! Mereka akan terjumpa kita nanti!!)
Luffy: Kaulah yang sebenarnya terjerit-jerit...
Banduan: Tolonglah, kamu semua... tolonglah ambilkan kunci untuk kurungan kami...
Buggy: Oh, kau diamlah!!!
Luffy: Jadi, kau tahu pasal Ace?
Buggy: Tentulah... Tak macam kau, abang kau seorang yang periang!! // Dia telah pun jadi sahabat minum kami sejak tak lama dahulu. / Sebab itulah aku berasa agak susah hati apabila mendengar berita itu. / Pihak Marin itu tentu sudah gila... mencari pasal dengan seorang Nakama Whitebeard...!!


Muka 7
Luffy: Aku hendak pergi ke tempat yang dipanggil "Aras Lima". Situlah dimana Ace berada, bukan?
Buggy: Aku peduli apa!! Kau nak pergi, kau pergilah sendiri! Sejak bila pula aku jadi kawan kau?! // Aku tak mahu dekati tempat yang gila seperti itu! // Jumpa lagi! Kalau kau tak nak lari dari sini, aku lari seorang diri saja!
Luffy: Walaupun terdapat lebih dari sepuluh kapal perang di luar sana? Kau rasa kau akan berjayakah?
Buggy: ?!! // Se...?!! Sepuluh kapal perang?! Sudah tentulah........!! Mereka semua terlebih bersedia untuk menghadapi langkah seterusnya dari Whitebeard... // ........Aku rasa aku tersalah pilih masa untuk melarikan diri........!! Aku cuma perlu mencuri sedikit masa, dan... // ! // (Apa...?!)
Luffy: Apa-apa sajalah... Kalau macam tu aku tanya orang lain saja.......!!
Buggy: ........
Banduan: Tolonglah... kunci itu......!
Buggy: ........!! T - Tak, tak mungkin boleh... // Itu sungguh mustahil......... // (Itu tak mungkin...) // .........
Luffy: Kalau macam tu, jumpa lagi! Semoga berjaya melarikan diri!
Buggy: ........ // (Tapi itulah dia...!!!)


Muka 8
Buggy: TU~~~~~~~~~nggu sebentar di situ, Si Bertopi Jerami~~~~~!!!
Luffy: !!! // Apa pula sekarang ni?!!!
Pengawal: Itu dia mereka!!!
Buggy: Mereka dah terjumpa kita~~~~~~~~~~!!!
Luffy: Buat apa kau menjerit macam tu?!!!
Buggy: H... Hey... benda di lengan kau tu!! Ia... Ia nampak cantik!! Bolehkah aku memilikinya?!!
Luffy: Apahal tiba-tiba saja ni?! // Aku dapat ini dari Nami!
Buggy: Aku akan beritahu kau bagaimana nak menuju ke Ace~~~~~!!
Luffy: Betulkah?!!
Buggy: Sudah tentu - dengan begitu bolehkah berikannya padaku?!
Luffy: Boleh!! Aku tak kisah!!
Buggy: Baiklah~~~!!! // Kalau begitu, pertama sekali - marilah larikan diri dari pengawal-pengawal itu!! // Pegang kaki aku!!
Luffy: Kaki kau?!


Muka 9
Buggy: Sekarang, lari dengan sekuat hati!!! // Aku akan tunjukkan kau arah ke pintu masuk ke Aras Dua!!!
[Teks: Kebolehan "Bara Bara" Buggy Si Badut... / Dia boleh memisahkan badannya kepada beberapa bahagian, dan mengawal kesemuanya secara individu; seorang "Lelaki Berceraian".]
[Label: Kaki tidak boleh terbang // Kawasan berefektif]
[Teks: Semua bahagian hanya boleh bergerak dalam kawasan yang terhad... dengan syarat, / kedua-dua kakinya mesti tetap berada di atas permukaan tanah...!!]
Luffy: Aras Dua?! Itu salah! Aku nak pergi ke Aras Lima!!
Buggy: Teruskan dengan rancangan, Si Bertopi Jerami. Kau tak boleh melangkau terus ke sana!! // Dengar sini, okey...? Di Impel Down ini... / Satu tingkat ke bawah, di mana kita sedang berada sekarang, dipanggil "Aras Satu"...


Muka 10
Buggy: ...dan kemudiannya Aras Dua, Aras Tiga dan seterusnya sehingga ke bawah; semakin bawah kau turun, semakin berbahaya penjenayah yang dikurung di aras itu........!!! // Tingkat terendah yang aku pernah pergi adalah Aras Empat, di mana aku telah dibawa untuk dikenakan seksaan neraka... / Aku sendiri langsung tak tahu apa-apa tentang lagi bawah dari itu!!! // Daripada apa yang aku dengar, semua penjenayah di Aras Lima bernilai sekurang-kurangnya seratus juta... mereka semua tersangat kuat!! // Tapi segelintir banduan mengatakan yang Aras Lima bukanlah yang terakhir... masih ada lagi yang lebih bawah dari itu!! / Tingkat di mana mereka mengurung raksasa-raksasa yang tersangat jahat sehinggakan mereka dilenyapkan sama sekali dari catatan sejarah... Apa pun, itu cuma khabar angin, tapi masih ada kemungkinan yang mereka telah menghantar Ace ke bawah sana. // Apa pun!! Aras Empat adalah sejauh-jauh tempat yang aku boleh hantar kau!
Luffy: Begitu rupanya! Tiba-tiba saja kau menjadi seorang yang baik hati.
Buggy: Gyahahahah! Sudah tentu aku akan berbaik hati dengan orang yang berjanji memberiku Petanda Harta Karun yang menunjukkan arah ke Kapten John punya - / Aghh!!! // (Aku... Aku terbocor rahsia!!!)


Muka 11
Luffy: Jadi... kau di sini kerana kau adalah lemah, betul?
Buggy: OH, DIAMLAH!!! JANGANLAH SIBUK!!! // (...D... Dia tak perasankah...?!! Bagus juga dia ni seorang yang bebal...)
Luffy: Huh... jadi gelang ni adalah seperti peta harta karun, huh...? / Aku langsung tak tahu pasal tu!
Buggy: !!! // Betullah kau TELAH mendengarnya!!! Celaka!!! Kalau begitu aku tiada pilihan lain lagi!! Aku akan mengambilnya dari kau dengan...
Luffy: Nah - kalau macam tu, kau boleh ambilnya dulu.
Buggy: Huh? // Kenapa kau...!! Walaupun kau tahu apa benda itu... kau tetap akan berinya kepada aku...?!!
Luffy: Sudah tentu. Menyelamatkan Ace adalah lebih penting dari benda seperti itu!!
Buggy: .......Lagipun, takkanlah...!! Kalau kau berinya padaku sekarang, aku mungkin akan lari dan tinggalkan kau dalam kesusahan, kau tahu?!!
Luffy: Oh, betul juga! Tapi, biarlah, kau berkata kau akan tunjukkan jalan kepada aku, bukan?!
Buggy: ?!!


Muka 12
Buggy: (Kau janganlah pandang seorang lelaki seperti aku macam tu.........! Aku seorang bangsat yang licik dan berhati gelap hingga ke akhirnya, kau tahu.........?!! // Kau tak boleh terus...!!! Kau tak boleh terus mempercayai lelaki seperti aku...!!! // Peta harta karun yang aku cari-cari selama ini... Petanda Harta Karun Kapten John!! ......!! // Dan dia ni... akan BERINYA pada aku begitu sahaja.......!!! // Aku terhutang budi pada kau...!! Si Bertopi Jerami.......!!) // (Sekarang, bagaimana nak melarikan diri dengan pantas...? Gyahahahah!!) // NGBRUAAGHHH!!!!
Luffy: Hmm?! // Adakah berlari melalui pintu ini satu jalan pintas?!


Muka 13
Luffy: Baiklah... serahkanlah padaku!!!
Buggy: Itu bukannya~~~~~~!!! // GUAHHHH!!!
Pengawal: ?!! // !!! // Siapakah kau.....?!!! // Itu Buggy Si Badut, banduan yang melarikan diri!! Dan..... // Siapa itu?! Mereka ada dua orang!!
Buggy: ...............!! // (Ini... bilik pegawai penjara...!!! Maknanya...!! // Kita TERSANGAT tak mahu pergi ke arah sini!!!) // Si Bertopi Jerami!!! Berhentiiiiiiiiiiii!!!


Muka 14
Luffy: ?!! // Tempat apa ini?!
Pengawal: Bilik pemantauan!! Betullah ada seorang lagi dari mereka!! Sekarang ini, mereka berdua...
Luffy: Ada hutan... di dalam penjara?!! // Hutan yang merah menyala...!!! / Dan ada ramai orang di bawah sana, juga!
Buggy: Itu adalah banduan!!! Dan ini bukannya sebarang "hutan"!!! / Pokok-pokok itu berdaun yang boleh memotong seperti bilah pisau... // Itu adalah "Kenju"!!
Buggy: Rumput di bawah sana sangat tajam seperti jarum... ia bernama "Haribarisou"!
Buggy: Dan kesemua banduan dikejar tanpa henti oleh labah-labah beracun dan pengawal yang menggerunkan, dipaksa berlari mengelilingi hutan ini, berlumuran dengan darah dari rumput... // ...menderita kesakitan dihiris dari semua arah......!!!


Muka 15
Buggy: Inilah "Neraka Merah Darah" di Aras Satu!!! // INILAH Impel Down!!!
Banduan: Sesiapa tolonglah akuuuu... // Tolonglah akuuu... Aaaaghhhh... // Sakitnyaaaaaa~~~~~!! // Sungguh sakiiiiittt~~~~!!!
Luffy: Ia betul-betul kedengaran seperti Neraka......!!! // Adakah Ace juga melalui sesuatu seperti ini...?!
Buggy: Sudah tentu... ini sangat sempurna!! Kita perlu teruskan jatuh!!
Luffy: Apa?! Kita akan dibelah nanti!!!
Buggy: Oh, tidak, aku tidak akan dibelah!!! / Kau pegang erat dan tengoklah saja!! // Lemparkan kaki aku ke bawah sana!!!


Muka 16
Banduan: Apakah itu...?!!
Buggy: Gyahahahahah!!! Selagi ada tempat berpijak, aku akan tertawa!!!
Luffy: Whoa, sikit saja lagi...!!


Muka 17
Buggy: Kita tak perlukan tangga untuk pergi ke tingkat ke bawah dari sini!! / Kita juga tak perlukan kunci untuk membuka semua pintu!! // Aku baru saja teringat - di Neraka Merah Darah, terdapat satu "jalan keluar"... / ...disediakan untuk banduan yang tidak tahan lagi dengan seksaan itu!
Luffy: "Jalan keluar" dari Neraka?!
Buggy: Tengok - ianya di sana!! Tapi tak ada siapa pun yang cuba untuk menggunakannya...
Luffy: Ada lubang!!
Buggy: Sebabnya ialah... "jalan keluar" ini membawa terus menuju ke Aras Dua.......!!! / Neraka yang lebih menakutkan dari yang mereka tinggalkan!!!
Luffy: Whoa!! Gelap betul lubang ni!!
Buggy: Sesetengah orang berimpian untuk melarikan diri dari Neraka dan kembali ke permukaan... / ...tapi tiada siapa pun yang terlalu bodoh untuk terjun ke arah yang berlawanan!!
Luffy: Bijak sungguh! Sungguh sempurna!! Jadi aku cuma perlu terjun terus ke bawah?!!
Buggy: Betul tu... tapi di bawah sana...
Luffy: Hup!
Buggy: Apa - ?!! Hey!!!


Muka 18
Buggy: HEEEEEY!!
Luffy: Dalam betul... apa yang ada di bawah sana?
Buggy: Si bodoh yang terburu-buru itu.......!! // Adakah dia tak tahu langsung makna "ketakutan"...?! // Oh, biarlah... // Sekurang-kurangnya sekarang... kalau aku larikan diri pun... / ...dia dah tak boleh datang mengejar aku lagi~~~~~~! // Nyeheheh! // Gyaaahahahah!! Aku dah pun hapuskannya! Akhirnya ia milikku... Petanda Harta Karun yang aku idam-idamkan selama ini!! // Jangan harap aku nak jadi penunjuk arah kau! Selamat tinggal, Si Bertopi Jerami!! Kau pergilah mati di Aras Tiga atau dimana-mana saja!! // Nghh!!! // !! // Blugori!! Bodoh!! Aku seorang Lelaki Berceraian - kau tak boleh membelahku, tak kira bagaimana pun kau - // Hm?
Pengawal: Kedua-dua mereka kelihatan seperti telah terjatuh ke Aras Dua. // Memohon pengesahan!!!


Muka 19
Raksasa: Graaaaaaaghhhhhhhh!!! // Ngyaaarrrhhhhhh!!!
OrangRamai: ..............!!! // Apa hal...?!! Raksasa-raksasa itu lebih gila dari biasa...! Adakah mereka sedang lapar......?!!
Mr.3: (...............)
[Teks: Pejara Bawah Laut, Impel Down / Aras Dua / Tingkat Binatang Buas dari Neraka]
Mr.3: Bukanlah aku sudah tiada tenaga untuk berasa takut lagi......!! // Kami semua akan tetap menjadi makanan kepada binatang-binatang itu pada akhirnya...!!!
[Teks: Mungkinkah itu...?!]

Have you shown your appreciation today? Click the thanks button or write your appreciation below!

0 members and 1 guests have thanked ZeroChrome for this release
Comments
Add your comment:

Login or register to comment

Benefits of Registration:
    * Interact with hundreds of thousands of other Manga Fans and artists.
    * Upload your own Artwork, Scanlations, Raws and Translations.
    * Enter our unique contests in order to win prizes!
    * Gain reputation and become famous as a translator/scanlator/cleaner!
No comments have been made yet!

About the author:

Alias: ZeroChrome
Message: Pm | Email

Author contributions

Translations: 32
Forum posts: 576

Quick Browse Manga

Translations of this Chapter

Date Chapter Language Translator
Dec 30, 2008 527 it Tetsuo
Dec 31, 2008 527 en cnet128
Dec 31, 2008 527 de Akainu
Dec 31, 2008 527 br siracfon
Dec 31, 2008 527 es unokpasabaxaki
Jan 1, 2009 527 de Raffulus
Jan 10, 2009 527 id Ex-Shadow
Mar 22, 2009 527 hu Svg

Latest Site Releases

Date Manga Ch Lang Uploader
Apr 14 MH Yearbook 2019 Mangahe...
Feb 15 MH Yearbook 2018 Mangahe...
Mar 1 MH Yearbook 2013 Mangahe...
Jan 19 MH Yearbook 2012 Mangahe...
Nov 14 Houkago 1 Osso
Nov 14 Oragamura 1 Osso
Nov 14 Kenka 1 Osso
Nov 14 101Kg 1 Osso
Nov 14 Murder 1 Osso
Nov 14 Doubles 1 Osso

Latest Translations

Date Manga Ch Lang Translator
Dec 8, 2023 Hitoribocchi no... 130 tr McMaster68
Dec 8, 2023 Hitoribocchi no... 129 tr McMaster68
Dec 8, 2023 Hitoribocchi no... 128 tr McMaster68
Dec 8, 2023 Hitoribocchi no... 127 tr McMaster68
Dec 8, 2023 Hitoribocchi no... 126 tr McMaster68
Dec 8, 2023 Hitoribocchi no... 125 tr McMaster68
Dec 8, 2023 Hitoribocchi no... 124 tr McMaster68
Dec 8, 2023 Hitoribocchi no... 123 tr McMaster68
Dec 8, 2023 Hitoribocchi no... 122 tr McMaster68
Dec 3, 2023 D.Gray-Man 249 fr Erinyes