Announcements
Welcome to MangaHelpers! Check out the forums for the latest discussions.

One Piece 516

One Piece Chapter 516

my
+ posted by ZeroChrome as translation on Oct 27, 2008 20:53 | Go to One Piece

-> RTS Page for One Piece 516

Terjemahan asal oleh Cnet


Muka 1-2
One Piece
Bab 516: Maharani Lanun Boa Hancock


Muka 3
[Teks: Berlari bersama ropolan]
Margaret: Kau tak suka ropolan? / Lelaki sememangnya makhluk yang pelik.....!!
Luffy: Erm... ya, apa-apa sajalah. Terima kasih kerana mencabutnya. // Baiklah, aku kena pergi sekarang. / Aku tak boleh bersantai hinggalah aku jumpa semua teman-temanku!
Margaret: Kau ni terlalu gelabah, huh...?
Luffy: Selagi mereka semua masih hidup... itu sudah cukup untuk aku!! // Selagi kami masih hidup, kami pasti boleh bangkit dan bertarung semula...!!! // Satu hari, kami akan tewaskan kamu semua...!!!


Muka 4
Luffy: BAIKLA~~~~~H!!! // Aku akan berlari pulang ke Shabondy Archipelago dengan menggunakan tangan!!! // Begitu pasti akan membuatkan aku lebih kuat!!! // Oh...!! Bolehkah kau pinjamkan aku sebuah kapal?!
Margaret: Kau ni betul-betul terlalu gelabah.....
Luffy: Kau tak ada satu pun kapal?! // Kawasan ni...... adalah CALM BELT?!!
Margaret: ...Betul. Kepulauan perempuan ni terletak di Calm Belt. / Pulau ini dikelilingi oleh sarang-sarang raksasa Raja Laut. // Sebab tu tiada siapa yang datang melawat pulau ini... // ...kalau pun ada sesiapa yang terhanyut hingga ke sini, mereka selalunya sudah nyawa-nyawa ikan.
Luffy: Tapi kau kata kau ada kumpulan lanun, bukan?!


Muka 5
Margaret: Kapal lanun Hebihime-sama dikemudi oleh Yuda... / Ia adalah ular laut yang ganas dan beracun, oleh itu walau Raja Laut sekalipun tidak akan berani menyerang mereka. // Itu adalah satu-satunya kapal yang kami ada di Amazon Lily ini.
Luffy: Aduhai, susahlah kalau begitu~~~~~!! Dan tiupan angin juga tiada....... / Mungkin aku perlu membina sebuah rakit dan mendayung pergi dari sini...??
Margaret: Jangan nak mengarutlah...
Luffy: Baiklah!! Aku akan bina sebuah rakit dan mendayung pergi dari sini!!!
Margaret: KAU BETUL-BETUL NAK BUAT BEGITU?!!!
Luffy: DAH SIAP~~~!!!
Margaret: Hey, tengoklah!! Benda tu bercerai-berai!!!
Luffy: Aaaaaaaghhhhh...!


Muka 6
Margaret: ........Aku tak tahu kenapa aku bersusah-payah selamatkan kau......!! // Adakah semua lelaki langsung tak berguna hinggakan tak tahu berenang?
Luffy: Ahhhhh... celaka, nyaris-nyaris saja lagi... / Kalaulah Franky ada di sini... / Teruklah begini.....!!
Margaret: ...........Akulah yang dalam masalah di sini......!! / Kalaulah kau boleh pergi dari sini... jauh dari sini... // Aku tak boleh terus beramah-mesra dengan kau... // ...aku boleh tertarik dengan kau.
Luffy: Apa...?! // Whoa, whoa, berhenti!!! // Apa yang sedang kau buat?!!! // Ahh!


Muka 7
Luffy: !! // Betul... anak-anak panah itu!! Semasa aku dikejar sebelum ni juga... // Ia merobohkan dinding batu dan lain-lain... ia sungguh berkuasa! // Tapi ianya kelihatan seperti anak panah yang biasa... // ?
Margaret: Apa yang kau cakap? / Anak panah berkuasa sebegitu adalah perkara biasa apabila diperkuatkan dengan Haki!!
Luffy: "Haki"?
Seseorang: Itu dia mereka~~~!!! Margaret tidak apa-apa!!
Margaret: Kalian...!!!
Luffy: Agh! Teruklah!!
Seseorang: "Lelaki" itu juga ada di sini!!! Tembak dia!!!
Sweetpea: Margaret! "Kau Tak Apa-apa?"! // Kita perlu lekas hapuskan "lelaki" itu - Hebihime-sama sudah pulang!!
Margaret: Apa?!!


Muka 8
[Kotak: Calm Belt, berhampiran dengan Kepulauan Perempuan]
PerempuanKuja: Melabuhkan sauh betul-betul di tengah lautan raksasa... kau betul-betul berani.
Momonga: ...Boleh kata. Kami telah dikejar, kau tahu.....!! / Tapi walaupun kami menggunakan kelebihan kapal perang bersadurkan Kairouseki untuk bersembunyi di sini... // ...menunggu di sini untuk jangka masa yang lama... / ...adalah seperti meminta untuk ditemui semula. // Ini bukanlah situasi yang terbaik, tetapi... berdasarkan perjanjian antara Kerajaan dengan kaum Kuja, / kami tidak dibenarkan untuk berlegar-legar dalam lingkungan tiga kilometer dari Kepulauan Perempuan. // Dengan itu, kami terpaksa menunggu di sini, di tengah-tengah kawasan raksasa-raksasa, untuk berjumpa dengan kamu.
Marin: (Aku dengar kaum "Kuja" adalah syaitan yang boleh mengubah manusia menjadi batu!) // (Mana mungkin.......)
PerempuanKuja: Dan Raja Laut di situ... kau kah yang telah bunuhnya?
Momonga: Apa boleh buat, meriam kami pun tidak dapat mencalarkannya...


Muka 9
Momonga: Jadi aku terpaksa membelahnya dari dalam. Aku tak mahu menunggu di kawasan ini lebih lama lagi.
PerempuanKuja: Begitu rupanya... Jadi sekurang-kurangnya kau adalah cukup kuat........!!
Momonga: Tapi aku dah letih menunggu. Kepulangan kau semua adalah dialu-alukan, Kumpulan Lanun Kuja!! // Aku adalah Vice-Admiral Momonga dari Pusat Angkatan Laut!!! // Royal Shichibukai, "Maharani Lanun" Boa Hancock!! Sila keluar!! Aku telah datang untuk menyambut kau!!!


Muka 10
PerempuanKuja: Aku rasa Hebihime-sama tidak akan memunculkan dirinya di hadapan kau.
KujaKecil: Kau lelaki, lelaki! Kau semua tiada adab langsung!!!
KujaBesar: Berapa banyak kali yang kami perlu katakan pada kau semua, hmm?!
KujaGila: Ooh, dah lama aku tak melihat lelaki hidup! Biasanya, tak kiralah lanun ataupun pedagang, bila mereka lihat bendera Kuja, mereka pasti akan cabut lari! / Zahahaha!!!
KujaPerokok: Ketawa kau tu sungguh kasar!
Momonga: Kami sudahpun terima jawapan kau. / "Saya akan menurut perintah dengan serta-merta".
Kuja: !
Momonga: Namun begitu, tindakan kau tak sama dengan apa yang kau cakap... // Suratkhabar pagi ini. // Lokasi dan masa telah pun ditetapkan untuk hukuman mati... // ...Komander Divisyen Kedua dari Kumpulan Lanun Whitebeard, Portgas D Ace!! Kau tak boleh mengelakkan diri lagi!!


Muka 11
Momonga: Perhimpunan wajib Shichibukai ini adalah perintah mutlak oleh Kerajaan Sedunia!!! // Kalau kau menolak untuk hadir, perjanjian akan dibatalkan!! Status kau sebagai Shichibukai akan ditarik balik!!! // Kau dengar tak?! Boa Hancock!!!
KujaBesar: !
Hancock: ..........Si bodoh manakah... // ...yang berani meletakkan... // ...anak kucing di laluan aku?!!
Marin: (I... Itulah "Maharani Lanun"...!!) // (Itulah baru betul dikatakan "kecantikan teragung"......!!)


Muka 12-13
Hancock: Akhirnya kau datang untuk mencari aku... penyibuk betul kau ni..... // Jawapan yang aku hantar adalah bohong semata-mata!! Aku tak berniat untuk menyertai peperangan ini!!
[Kotak: Termuda dalam adik-beradik Gorgon / Boa Marigold]
[Kotak: Maharani Amazon Lily / Kapten Kumpulan Lanun Kuja / Royal Shichibukai / "Maharani" Boa Hancock]
[Kotak: Anak kedua dalam adik-beradik Gorgon / Boa Sandersonia]
Hancock: Namun begitu... Aku lebih suka kalau kau tidak menarik balik status Shichibukai aku...!! // Dan juga... aku mahu kau semua serahkan semua muatan di atas kapal kau.
Momonga: ?!!


Muka 14
Momonga: .............!! / Apa yang kau mengarut ni?!!!
Hancock: ..........
Momonga: Kau ni siapa, budak manjakah?!!! / Kau betul-betul percayakah yang kami akan pertimbangkan permintaan kau yang melampau tu?!!
Marin: Lekaslah~!? // Ahhhh, cantik sungguh...!? // Aku nak beri padanya kesemuanya~!?
Momonga: KENAPA KAMU KELUARKAN SEMUA BARANG-BARANG, SI BODOH?!! SEDARKANLAH DIRI!!!
Marin: Ah - !! // Aku baru sedar aku mengikuti perintahnya tanpa berfikir!!
Momonga: ...Hukuman mati itu akan dijalankan tepat seminggu dari hari ini!! Pada hari itu, di plaza Marineford, bandar tempat letaknya Pusat Angkatan Laut, // nyawa Penumbuk Api Ace akan tiba ke penghujungnya.


Muka 15
Momonga: ...Dengan kata lain, dalam masa seminggu akan datang... // ...Whitebeard pasti akan mula mengorak langkah!!! // Kami dari Pusat Angkatan Laut, dengan dipimpin oleh tiga Admiral, / sedang mempersiapkan kesemua kuasa ketenteraan untuk berhadapan dengan Whitebeard dalam peperangan!! // Sekarang ni, sama ada status Shichibukai kau ditarik balik... // ...atau kau sahut perintah ini!! Buatlah pilihan kau!!! // Masanya sudah semakin hampir!!!
Hancock: ...Aku suka dengan kedudukanku sebagai seorang Shichibukai. Aku tak mahu ianya ditarik balik... / Namun begitu, aku sangat benci pada Kerajaan Sedunia........ Aku menolak untuk mematuhi perintah-perintah mereka. // ...Apa pendapat kau tentang begini...? Pasukan Marin yang dihantar untuk berjumpa denganku... / ...telah ditimpa kemalangan yang misteri di laut, dan telah dihapuskan sepenuhnya, badan-badan mereka telah ditukar menjadi batu......


Muka 16
Marin: !!!
Momonga: Dia sedang merancang sesuatu!!! / Semua berhati-hati!!
Marin: Aku pernah dengar cerita tentang kapal-kapal yang diserang oleh Kumpulan Lanun Kuja... / ...Perihal tentang mereka ditemui kemudiannya, hanyut di lautan... / ...tanpa satu pun manusia yang masih hidup, hanyalah sekumpulan patung batu yang pelik...
Momonga: Aku sudah pun beritahu kau... / Permintaan yang pentingkan diri dan kebudak-budakan ini tidak akan dimaafkan!!
Sandersonia: Hohohoho... Personaliti kakakku sungguh berputarbelit... // Tapi dia akan sentiasa dimaafkan.
Marigold: Ya... // Terdapat satu sebab mengapa dia akan sentiasa dimaafkan...!!
Hancock: Kau tahu kenapa? Ianya kerana tak kiralah apa pun yang aku lakukan... / Sama ada aku menendang anak kucing... mencabut telinga kau... mahupun membunuh orang yang tak bersalah... // Dunia ini tidak akan berhenti memaafkan segala perbuatanku! Kenapa, kau tanya?


Muka 17
Hancock: Kerana, aku adalah sangat... // ...cantik!!!
Kuja: Aaaaaahhhh~~~!? Hebihime-sama~~~~~!?
Marin: Aaaahhhhh~~~!?
Momonga: Hentikanlah, si bodoh!!!
Hancock: Hati kamu yang bersalah, terpesona dengan kecantikanku... / ...akan menukar badan-badan kamu menjadi keras seperti batu.....!!
Momonga: ?!
Hancock: Mero Mero... // ...Merrow!!!


Muka 18
Marin: Aaahhh, Hanco - // ...........!!
Momonga: !!! // ...........!!
Hancock: Begitu rupanya... kau menggunakan kesakitan untuk mengatasi hati buruk kau. // Memang berpengalaman. // Namun begitu, tentera-tentera kau sudah tiada lagi.


Muka 19
Momonga: Kau si bodoh semua...
Hancock: Krew kau telah berkurangan kepada seorang.
Momonga: "Seorang"... // ...tak sama seperti "tiada orang".
Hancock: Kita teruskan pelayaran ke kepulauan Amazon Lily yang aman!!
Kuja: Baiklah, Hebihime-sama!!
Momonga: ............ // Boa Hancock!!!
Hancock: ?!
Momonga: Aku akan tunggu selama yang aku perlu!!! // Aku takkan pulang dengan tangan kosong. / Jika kau tak kembali dalam masa dua hari... perjanjian akan terbatal.
Hancock: Buatlah apa yang kau suka.
[Teks: Penzalim yang cantik!!]

Have you shown your appreciation today? Click the thanks button or write your appreciation below!

Comments
Add your comment:

Login or register to comment

Benefits of Registration:
    * Interact with hundreds of thousands of other Manga Fans and artists.
    * Upload your own Artwork, Scanlations, Raws and Translations.
    * Enter our unique contests in order to win prizes!
    * Gain reputation and become famous as a translator/scanlator/cleaner!
No comments have been made yet!

About the author:

Alias: ZeroChrome
Message: Pm

Author contributions

Translations: 32
Forum posts: 576

Quick Browse Manga

Translations of this Chapter

Date Chapter Language Translator
Sep 26, 2008 516 en cnet128
Sep 27, 2008 516 es babel
Sep 27, 2008 516 es Kroma
Sep 27, 2008 516 it Sasu
Sep 26, 2008 516 en Kikuna992
Sep 27, 2008 516 id sakura_hime04

Latest Site Releases

Date Manga Ch Lang Uploader
Apr 14 MH Yearbook 2019 Mangahe...
Feb 15 MH Yearbook 2018 Mangahe...
Mar 1 MH Yearbook 2013 Mangahe...
Jan 19 MH Yearbook 2012 Mangahe...

Latest Translations

Date Manga Ch Lang Translator
Feb 7, 2025 Berserk 124 es 4M4M
Jan 4, 2025 Dororo 13 tr McMaster68
Jan 4, 2025 Dororo 12 tr McMaster68
Jan 4, 2025 Dororo 11 tr McMaster68
Jan 4, 2025 Dororo 10 tr McMaster68
Jan 4, 2025 Dororo 9 tr McMaster68
Jan 4, 2025 Dororo 8 tr McMaster68
Jan 4, 2025 Dororo 6 tr McMaster68
Jan 4, 2025 Dororo 5 tr McMaster68
Jan 4, 2025 Dororo 4 tr McMaster68